Retreat 5 Hari untuk Wanita yang Sedia Melepaskan Cerita Lama & Berani untuk menjadi Cinta Utama hidupnya
Pernah mencintai sepenuh hati.
Pernah beri lebih dari yang kau terima.
Kau pernah diam walau batinmu menjerit.
Kau lelah menjaga semua orang—tapi lupa menjaga dirimu sendiri.
Dan kini… ada satu suara halus yang mula berbisik:
“Aku tak mahu terus begini.”
Suara itu bukanlah kelemahan.
Ia adalah panggilan dari jiwamu sendiri yang sedang mengingatkanmu bahawa:
Kau bukan dicipta untuk sembunyi dan tidak terlihat seperti bayang-bayang.
Kau dicipta untuk menjadi Queen hidupmu..
Adakah kau rasa:
Retreat ini bukan tentang meninggalkan suami.
Ia tentang pulang kembali kepada dirimu sejati anda..
Agar cinta yang kau beri tidak lagi menghilangkan harga dirimu..
Bertemu dengan bahagian paling sunyi dalam dirimu.
Bahagian yang belajar bertahan dalam diam.
Lepaskan akar trauma anak kecil dalam diri anda dan bina rasa selamat yang utuh ditubuh dan hati anda.
Kita akan dengar suara kecilnya, dan peluk dia pulang.
Lepaskan beban dan trauma yang tak lagi kau sedari kau pikul dari tubuh, dari rahim, dari memori.
Melalui nafas, gerakan dan sentuhan healing penuh rahmat.
Kau akan kenali dan bina sempadanmu (boundaries)
Belajar berkata ya dan tidak sebagai Sang Queen yang teguh dengan kelembutan.
Menjadi wanita yang dihormati, bukan ditakuti.
Lihat dirimu dalam identity, cara melihat, merasa dengan cahaya baru.
Dalam kebenaran, sensuality, dan kecantikan luar dan dalam. Menjadi magnet keberlimpahan kasih sayang dan rezeki.
Tanpa topeng. Tanpa peranan. Hanya kau apa adanya.
Sang Queen tak menagih cinta. Dia menjadi cinta itu sendiri.
Kita akan aktifkan frekuensi Queen dalam dirimu
supaya hidupmu selepas ini…
Tak lagi berdasarkan siapa yang mencintaimu,
tapi siapa kau ketika kau mencintai dirimu.
Sang Queen dalam dirimu sedang memanggil.
Dia lama menanti..
Dia datang bukan untuk mengubah apa yang kurang
Tetapi..
Dia nak kau ingat semula siapa diri sejati kau sebelum dunia meminta kau jadi orang lain.
Jika hatimu bergetar membaca ini…
Jika tubuhmu terasa nak menangis tanpa tahu kenapa…
Itulah tandanya: jiwamu bersedia.
Pulanglah, sayang.
Kami tunggu kau di sini.
Copyright Kembali Bahagia © 2025 | eHati International Sdn Bhd – All Rights Reserved